Catuan Air Hanya Di Rumah Orang Miskin Di Selangor.

Satu soalan yang penting perlu ditanyakan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah mengapa di dalam kesibukkan mencatu air kepada penduduk, hanya rumah pangsapuri kos rendah dan kawasan penduduk miskin sahaja ianya dilakukan. Adakah ini salah satu cara kerajaan negeri “merakyatkan” pentadbiran mereka?

Sebagai contoh, penulis ingin mengambil situasi yang sedang berlaku di Shah Alam, Selangor. Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor, disini juga terletakknya pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga kediaman rasmi Menteri Besar. Walau bagaimanapun apa yang penulis ingin katakan adalah catuan air yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ini adalah mengikut KASTA sosio ekonomi penduduk.

Di Shah Alam, hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja yang airnya dikenakan catuan. Boleh dikatakan semua kawasan pangsapuri kos rendah dikenakan catuan air selama dua hari. Ini bermaksud penduduk dikawasan pangsapuri kos rendah hanya berpeluang untuk menikmati kemudahan air untuk dua hari sahaja dan selepas itu ianya akan dicatu selama dua hari juga. Ini amat menyusahkan para penduduk kerana mereka terpaksa menakung air sebanyak mungkin untuk dua hari tersebut. Sekiranya ada diantara mereka yang kehabisan air, mereka terpaksa mengangkut air dari tingkat bawah. Untuk pengetahuan umum, semua pangsapuri kos rendah tidak mempunyai lif dan para penduduk terpaksa mengangkut air dengan menaiki anak tangga.

Ini berbeza dengan kawasan perumahan mewah seperti di Bukit Bandaraya dan juga dikawasan sekitar rumah Menteri Besar Selangor, dimana catuan air tidak dilakukan langsung. Penduduk yang berumah banglo dan rumah yang tidak bertingkat bersuka ria dengan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negeri manakala para penduduk miskin terpaksa mengharungi saat-saat getir dalam kehidupan seharian mereka.

Jika di dalam ceramah mereka, kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat menekankan kononya mereka adalah pejuang rakyat miskin, namun perlaksanaan janji mereka amatlah berbeza sekali. Sudahlah air percuma tidak dinikmati penduduk pangsapuri kos rendah, ditambah lagi pula dengan ketiadaan air di Selangor yang dalam kritikal .

Mungkinkah perlu rakyat negeri Selangor yang tinggal di kawasan kos rendah beratur panjang di hadapan rumah Menteri Besar (rasmi dan tidak rasmi) kerana rumah beliau tidak mengalami masalah air. Bahkan di kediaman rasmi Menteri Besar, terdapat kolam renang untuk kegunaan beliau dan ahli keluarga beliau.

` Adakah perlu untuk rakyat Negeri Selangor datang mengetuk pintu rumah beliau untuk memiinta sebaldi air untuk kegunaan seharian. Rasanya jumlah liter padu air untuk mengisi kolam renang di rumah Menteri Besar itu boleh digunakan sekurang-kurangnya 6 hinnga 7 keluarga.

Kesian para penduduk miskin di Shah Alam, sudahlah air percuma tidak dapat, ini pula tiada air langsung yang boleh mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Kerajaan negeri Selangor boleh berbangga dengan statistik kecermelangan mereka sendiri, tetapi sekiranya mereka gagal dalam mentadbir pengurusan air, apa gunanya jutaan wang ringgit di dalam akaun kerajaan negeri tetapi langsung tidak boleh membantu rakyat sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana