Bodoh Dan Zalim..... Gambar Acu Senapang Pada Kanak-Kanak

Syria – Sekeping gambar yang menunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak diacukan senapang ke mukanya, telah digunakan untuk meningkatkan sokongan ke atas Presiden Bashar Assad menjelang pilihan raya Presiden pada bulan Jun ini.

Gambar berkenaan digunakan untuk menunjukkan bahawa penentang Bashar telah menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.

“Tebusan kecil kita antara yang ditahan di Kessab,’ itu kapsyen yang tertulis pada gambar berkenaan.

Bagaimanapun kesahihan gambar itu tidak dapat disahkan manakala pengkritik menyifatkan ia sebagai propaganda rejim untuk meningkatkan sokongan kepada Bashar.

Jika gambar itu benar sekalipun ia menggambarkan bagaimana peperangan di Syria telah menyebabkan lebih 150,000 penduduknya terkorban.

Tindakan Bashar yang mengadakan pilihan raya itu ketika perang saudara berlaku, menggambarkan keadaan di Syria semakin tidak menentu.

Sudah pasti Bashar akan menang pada pilihan raya berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana