BM6 bantu KD Lekiu...Inilah Kesungguhan Kerajaan Malaysia

Lumut:Malaysia meningkatkan penyertaannya dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi dengan menghantar kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 6 (BM6), semalam.

BM6 memulakan pelayarannya dari Pangkalan TLDM di sini pagi semalam bagi misi bantuan logistik kepada kapal KD Lekiu yang sedang melakukan operasi di kawasan itu sejak dua minggu lalu.

Kapal itu dijangka tiba di Koridor Selatan Lautan Hindi pada 25 April untuk melaksanakan operasi selama tiga bulan.

Majlis pelepasannya disempurnakan Panglima Pemerintah Bantuan TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana