Bintang gusti terkenal ....Ultimate Warrior meninggal dunia

LOS ANGELES – Bintang gusti terkenal, Jim Hellwig atau lebih dikenali sebagai Ultimate Warrior meninggal dunia kelmarin selepas dia terjatuh ketika berjalan ke keretanya di sebuah hotel di Arizona.

World Wrestling Entertainment (WWE) dalam satu kenyataan kelmarin mengumumkan kematian ahli gusti berusia 54 tahun itu.

Hellwig meninggal dunia selepas dia diiktiraf antara jaguh gusti terhebat di WWE Hall of Fame di New Orleans pada Sabtu lalu.

Portal hiburan. TMZ.com melaporkan, dia pengsan kira-kira pukul 5.50 petang waktu tempatan ketika berjalan ke keretanya di sebuah hotel di Arizona pada Selasa lalu.

Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital berhampiran.

Hellwig memulakan kariernya pada tahun 1987 dan menjadi antara bintang gusti terkenal apabila menjadi Juara WWE selepas menewaskan Hulk Hogan pada tahun 1990.

Ahli gusti yang mempunyai ketinggian 1.88 meter dan berat 127 kilogram itu terkenal dengan aksi rambutnya yang panjang dan muka yang dicat ketika berada di dalam gelanggang. – Agensi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana