Berbeza agenda bukti PR tidak mampu perintah negara

SHAH ALAM: Pengakuan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mempunyai agenda berjuangan berbeza, membuktikan gabungan parti tersebut tidak berupaya memerintah negara pada masa depan kerana berlainan hala tuju.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, parti gabungan pembangkang itu tidak akan terus kekal dan sekali gus tidak mampu menubuhkan sebuah kerajaan kerana pada hakikatnya PAS, DAP dan PKR sering tidak bersependapatan dalam isu dasar khususnya melibatkan isu negara.

"PR akan terus dirintangi dengan pelbagai rintangan yang akan menyebabkan kesepaduan hanya bersifat sementara dalam PR ini dan tidak akan bertahan kerana isu asas misalnya negara Islam, liberalisme, Malaysian Malaysia tidak diselesaikan.

"Parti itu akan jadi seperti telur berada di hujung tanduk," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh buat sekian kalinya baru-baru ini membidas usaha kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Mahkamah Jenayah Syariah Kelantan II atau hudud.

Bantahan itu susulan daripada langkah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bercadang membentangkan usul rang undang-undang persendirian menerusi ahli Parlimennya bagi membuat pengisytiharan enakmen berkenaan agar dapat dilaksanakan di negeri itu.

Kemudian Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din ketika diminta mengulas isu bantahan tersebut, mengakui bahawa perjuangan asas ketiga-tiga parti dalam PR adalah berbeza.

Hasan berkata, ketidakserasian komponen parti dalam PR telah kelihatan sejak awal penubuhan parti itu lagi namun PR sentiasa mengeluarkan kenyataan kononnya boleh menerima perbezaan pendirian masing-masing bagi memastikan mereka tidak dibidas oleh rakyat.

"Dalam kenyataan PR juga sering menyebutkan parti-parti komponen masih boleh memperjuangkan apa juga perjuangan asasi, itu pada saya kenyataan untuk melepaskan diri daripada situasi kritikal yang dihadapi PR," jelasnya.

Mengulas lanjut kata Hasan lagi, beliau sebagai bekas pemimpin PAS berharap agar parti itu terus mempertahankan dan memberi sokongan kepada keputusan yang dibuat kerajaan negeri Kelantan.

Beliau juga mengingatkan PAS yang turut dibarisi pemimpin daripada kumpulan Anwarinas iaitu penyokong kuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar tidak terpengaruh dan tunduk dengan bantahan DAP.

"Yang dikhuatiri adalah pengaruh parasit dalam PAS iaitu Anwarinas mempengaruhi pimpinan tertinggi PAS supaya ikut rentak yang dikehendaki oleh DAP.

"Seluruh pimpinan PAS sama ada Anwarinas atau yang bukan mesti berdiri di belakang keputusan yang diambil PAS Kelantan untuk menunjukkan bahawa walaupun dalam PR ada perkara yang menjadi tonggak perjuangan mesti dipertahankan," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana