Banjir kilat landa kawasan Batu Tiga

Shah Alam: Hujan mulai jam 9 pagi yang berlarutan kira-kira empat jam, menyebabkan banjir kilat di Batu Tiga di sini, semalam.

Tinjauan BH mendapati beberapa jalan raya termasuk sebuah pusat perubatan swasta dinaiki air setinggi kira-kira 20 sentimeter.
Laluan motosikal ditenggelami air dan tidak dapat dilalui manakala kesesakan dilaporkan berlaku di beberapa lokasi.

Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata faktor geografi di kawasan itu menyumbang kepada kenaikan air yang menyebabkan banjir kilat.

Pertembungan air 

Katanya, antara kawasan dinaiki air ialah Jalan Batu Tiga Lama.
Beliau berkata, banjir kilat berkenaan berpunca daripada pertembungan laut pasang dan hujan lebat, mengakibatkan air melimpah ke jalan dan tidak dapat disalurkan ke parit berhampiran.
“Anggota Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MBSA (Pasukan Unit PANTAS) membuat pemantauan dan kawalan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana