Anwar Naik Angin di Parlimen Gara-Gara Isu Liwat

KUALA LUMPUR 9 April - Sidang Dewan Rakyat petang tadi kecoh apabila Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim tidak dapat mengawal kemarahannya sejurus Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh mengaitkan kes liwatnya dalam perbahasan Rang Undang-Undang Persaraan Hakim.

Che Mohamad dalam perbahasannya berkata, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah mendahului keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum dijatuhkan hukuman

"Andaian dibuat di mahkamah persekutuan belum diputuskan dia (Anwar) rasakan dia bersalah," katanya yang memetik kenyataan Anwar pada Dewan Rakyat semalam

Kenyataan itu membuatkan Anwar kelihatan berang lantas terus bangun mencelah dengan mengatakan belaiu menafikan pernah mengaku bersalah dalam kes tersebut.

Keadaan semakin gamat apabila beberapa Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak bertikam lidah sebelum ianya berjaya dikawal Speaker Dewan Rakyat, Dato' Seri Pandikar Amin Mulia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana