Anak,tunang gaduh ayah jadi mangsa...Sanggup Menikam Ayahnya...Masyallah

Kuala Terengganu: Niat baik seorang bapa untuk meleraikan pergaduhan di antara anak lelaki dan tunangnya bertukar tragedi selepas dia parah ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya di Lembah Harapan, Seberang Takir, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata kejadian berlaku jam 9 malam ketika mangsa menonton televisyen bersama anaknya yang lain di rumah sebelum tunang suspek datang ke tempat kejadian.
Katanya, beberapa minit kemudian, mangsa terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh di luar rumah dan keluar untuk meleraikan pergaduhan di antara suspek dan tunangnya itu.

“Suspek yang naik angin memberi amaran kepada bapanya yang berusia 55 tahun supaya tidak campur tangan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan amaran itu kerana malu dan bimbang bunyi bising mengganggu jiran mereka.

“Suspek yang tidak dapat menahan amarahnya kemudian bertindak ganas dengan membelasah serta menikam bapanya dengan senjata tajam yang dipercayai pisau,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), semalam.

Berlumuran darah 

Manoharan berkata, kejadian itu disedari isteri mangsa serta ahli keluarga lain dan segera mendapatkan suaminya.

Katanya, Ketika itu, isteri mangsa mendapati suaminya sudah rebah dan berlumuran darah akibat tikaman di belakang tubuh.

“Selain itu, mangsa patah satu tulang rusuk akibat dibelasah dengan kuat oleh anaknya,” katanya.

Mangsa yang bekerja sebagai kakitangan awam itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh anaknya dan laporan polis dibuat oleh pegawai perubatan HSNZ, jam 9.30 malam.

Manoharan berkata, suspek yang berusia 22 tahun itu ditangkap pada jam 1.30 pagi semalam ketika datang mendapatkan rawatan di HSNZ dipercayai cedera kerana dipukul oleh adik beradiknya yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana