600 Lokasi dapat akses internet percuma melalui ‘Terengganu Open Wi-Fi’

Kerajaan Terengganu komited memberikan kemudahan ‘Terengganu Open Wi-Fi’ kepada orang ramai dan pelancong mengakses capaian internet dengan menyediakan kemudahan WiFi secara percuma di 600 lokasi strategik seluruh negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, inisiatif Bajet 2014 bernilai RM30 juta itu diperluaskan secara berperingkat bagi meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di Terengganu yang ketika ini telah mencapai 57.3 peratus.

Menurutnya, tumpuan itu diberikan sebagai salah satu usaha kerajaan negeri untuk melahirkan masyarakat bermaklumat dan ‘celik IT’.“Tidak ketinggalan, perkara itu cukup penting bagi pelancong dan pelabur untuk mengakses pelbagai maklumat penting ketika berada di negeri ini selain dapat mengetahui lokasi dan destinasi menarik.

“Dalam tempoh terdekat, beberapa kawasan tumpuan termasuk perpustakaan, stesen bas, pasar, jeti, taman awam dan taman reakreasi akan akan memperolehi akses percuma itu,” katanya.Lapangan Terbang Sultan Mahmud kini dilengkapi Wifi percuma yang akan memberi kemudahan kepada pengguna lapangan itu.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek Perintis ‘Terengganu Open Wifi’ di Lapangan Terbang Sultan Mamud, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Tranformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, YB. A.Latif Awang.Tambah Ahmad, kemudahan itu sedang dan akan dipasang di tempat-tempat tumpuan orang ramai terutama di semua kawasan Pejabat Daerah dan Tanah, kawasan rekreasi, hospital, stesen bas, pasar dan perpustakaan selain termasuk pusat-pusat khidmat Dewan Undangan Negeri.

Katanya, setakat ini lima lokasi telah sedia dipasang kemudahan capaian akses Wi-Fi percuma termasuk di taman awam Pantai Batu Buruk, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana