Tersentuh mendengar kata kata Datuk Seri Hishamuddin dalam press conference semalam

Tersentuh mendengar kata kata Datuk Seri Hishamuddin dalam press conference semalam apabila menjawab soalan media mengenai keluarga mangsa MH370 dari China yg menyalahkan Malaysia, termasuk gelaran kita pembunuh...
"Saya seorang ayah, saya ada keluarga, saya faham apa dirasakan keluarga mangsa kerana rakyat kami juga ramai dlm pesawat, bukan keluarga mereka sahaja, rakyat negara luar pun ramai, tapi saya dapat lihat bagaimana keluarga lain seperti Australia yg begitu tabah kerana mereka sedar ini masalah global yg tak dijangka atau diminta, Malaysia berusaha buat yg terbaik"...
Moga mereka terus cekal dalam menempuh dan menangani tragedi ini. Salute dengan keupayaan mereka mendepani dunia meskipun ramai yang hanya tahu duduk depan komputer, bukak tengok berita melalui internet kemudian kritik kritik kritik, lepas tu makan, tidur kemudian buat benda yang sama. Sebab apa?
Sebab mereka tak jadi anggota SAR yg tinggalkan keluarga demi mencari pesawat, mereka tak jadi media terpaksa berhari hari berkampung dalam tekanan menyampaikan maklumat terbaik, mereka tak pernah rasa hidup di tengah laut seperti anggota TUDM, mereka boleh baring selesa dan terus kritik.. Mungkin negara kita negara yang kecil,....tapi jiwa kita besar

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana