Tarik Kenyataan Atau Raja Bomoh Saman Khairy, JAIS...Ini SUdah Terbalik Ni,KEnapa Tak ANWAR?

KUALA LUMPUR 19 Mac - Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin akan menfailkan saman kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berjumlah RM100 juta jika kenyataan yang dikeluarkan terhadap dirinya tidak ditarik balik.

Tindakan Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP itu ekoran desakan Khairy yang mahu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas dikenakan terhadap perbuatan menjatuhkan maruah dan mencalar imej negara.

Isnin lalu, Ibrahim bersama pasukan bomohnya mengejutkan pengunjung KLIA  dengan melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing dan batang buluh.

Ianya diikuti keesokan harinya apabila Raja Bomoh itu menjalankan ritual menggunakan tikar, bakul mengkuang dan dua biji kelapa dalam misi mencari pesawat MH370 yang gagal dikesan sehingga kini.

Upacara ritual yang dijalankannya bersama dua lagi pengikutnya itu mendapat kritikan meluas di media-media sosial selain dijadikan parodi.

"Daripada pergi memaklumkan kepada umum, Khairy sepatutnya datang dan berbincang dengan saya. Saya akan memberitahunya cerita di pihak saya dan membersihkan nama saya lagi.

"Saya di sini untuk membantu negara dan bukannya mahu mencemarkan imej negara.

"Saya telah melakukan perkara ini selama bertahun-tahun, bagaimana mereka boleh berkata apa sahaja yang saya lakukan adalah 'haram' (haram) dan 'syirik', ia tidak betul sama sekali!," katanya.

Ibrahim turut mendakwa tindakan Jais telah mengakibatkan eliau tidak lagi dapat pergi ke lapangan terbang untuk meneruskan upacara ritual.

"Untuk mencari pesawat, saya perlu melakukan tujuh upacara ritual tetapi saya hanya melakukan dua kali. Saya diberitahu bahawa pihak berkuasa di sana akan menagan saya.

"Oleh itu , saya telah pergi ke tempat-tempat lain di luar Kuala Lumpur," katanya mendakwa mempunyai pengalaman sebagai bomoh selama 50 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana