REFORMASI 2.0 KEDAH, MB MUKHRIZ BIDAS PEMBANGKANG CUBA HASUT RAKYAT

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini membidas pembangkang kerana cuba menghasut rakyat di negeri itu menerusi penganjuran perhimpunan yang dijadualkan 5 April ini.

"Pemimpin depa (pembangkang) nak jelajah Kedah nak lancar reformasi 2.0, konon himpunan derita rakyat, 5 April nak pi (pergi) Baling bagi memperingati ulang tahun insiden Baling (kejadian di Memali).

"Nak mai (datang) cetus kemarahan rakyat pada kerajaan...itu tindakan mudah dan langsung tidak bertanggungjawab, mai kata kat orang (datang mengkritik kerajaan negeri) tapi tak bagi penyelesaian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Projek Sentuhan Kasih dan Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) Laka Selatan dekat sini.

Sehubungan itu Mukhriz menggesa rakyat di Kedah agar tidak terpedaya dengan helah pembangkang yang bukan mahu membantu tetapi hanya bertujuan meraih sokongan politik mereka.

Mukhriz berkata kerajaan menyedari dan mengakui akan peningkatan kos sara hidup, serta mengambil pelbagai pendekatan untuk meringankan beban rakyat termasuk menyediakan rumah dengan harga yang berpatutan.

Mengenai projek di Laka Selatan itu beliau berkata sebanyak 300 buah rumah PGBF akan dibina untuk generasi Felda.

"Saya turut dimaklumkan sebanyak 80 buah unit lagi sedang dibina di Felda Sungai Tiang, Pendang dan ada lagi kawasan-kawasan yang akan dibina bergantung kepada kesesuaian tanah.

"Sekiranya tanah-tanah kosong di Felda tidak sesuai, kerajaan negeri bersedia menilai tanah-tanah negeri berhampiran tanah rancangan Felda untuk dimajukan dengan projek perumahan.

"Ini tandanya kerajaan Barisan Nasional amat prihatin dengan kehendak generasi baharu. Saya difahamkan perancangan Felda adalah untuk membina 720 unit di Kedah," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana