Pesawat Hilang, Zed Zaidi Mohon Maaf, Tiada Niat Burukkan Keadaan

Kuala Lumpur – Tindakan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang mengeluarkan kenyataan seperti mengejek insiden pesawat yang hilang mendapat kecaman pelbagai pihak masyarakat. Antara yang mengecam kenyataan tersebut ialah pengacara terkemuka tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi.

Aznil melalui kenyataan yang di petik di laman Twitternya meminta agar masyarakat memaafkan tindakan Zed Zaidi itu yang mungkin telah tersilap dalam mengeluakan kenyataan tersebut.

Terdahulu Rozaidi dipetik mengeluarkan kenyataan seperti menghina insiden yang berlaku.

“Biar betik? Kapal terbang MAS yang besar gedabak itu boleh hiang? Mas Rugi, nasi lemak terlanjang, aam pedas ikan takda sekarang kapal hilang!” komennya pada pukul 11.46 pagi tadi.

Menyedari akan kesilapan tersebut, beliau segera membuat permohoanan maaf secara terbuka dan memadam status yang menimbulkan kontroversi itu.

“Henteikan spekulasi, saya keliu. Kita doakan semoga semua anak kapal dan penumpang MAS yang hilang dalam keadaan selamat, semoga Allah melindunggi mereka”

“Saya memohon maaf atas kenyataan mengenai kapal Terbang MAS yang hilang di Twitter dan FB saya tadi. Saya tiada niat untuk memburukan keadaaan. Terima kasih” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana