MH370: Pesawat China nampak objek putih, merah dan oren...

Pesawat China hari ini mengesan tiga objek mencurigakan terapung di Lautan Hindi, kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pesawat tentera China Ilyushin IL-76 mengesan tiga objek terapung berwarna putih, merah dan oren, dari ketinggian 300 meter.

Kapal China telah diarahkan ke kawasan tersebut.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pesawat dari pelbagai negara yang ditugaskan dalam operasi mencari itu menemui beberapa objek terapung di atas air semalam selepas fokus pencarian ditukar ke kawasan baharu berikutan data terkini yang menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju dari yang dijangkakan sebelum hilang pada 8 Mac.

Pihak berkuasa berkata, semua objek tidak dapat disahkan datang daripada MH370 sehingga ia diambil secara fizikal dan kapal dari China dan Australia ditugaskan untuk berbuat demikian.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) berkata, kapal China Haixun 01 sedang berusaha untuk mengenal pasti objek itu.

Ia disertai oleh kapal tentera Jinggangshan, yang membawa dua helikopter, kata Xin Hua, agensi berita rasmi China.

Amsa menjangka enam kapal akan berada di kawasan itu sehingga penghujung hari ini, termasuk kapal tentera Australia HMAS Success dan lima kapal China yang sedang mencari di kawasan laut sebesar Norway.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana