Juruterbang kita beragama, beretika - PBTM

Tuduhan liar media barat tertentu yang mengaitkan juruterbang Boeing 777-200 Malaysia Airlines (MAS), Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid sebagai punca nahas pesawat berkenaan di Lautan Hindi menunjukkan betapa dangkalnya pihak tersebut dalam menilai masyarakat negara ini.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Kapten (B) Shahruddin Omar, pihak yang membuat kenyataan-kenyataan provokatif tersebut perlu sedar juruterbang bukanlah kerjaya sebarangan tetapi mempunyai etika dan ikrar profesional yang tersendiri.

"Sebelum mereka membuat tuduhan, mereka harus sedar kedua-dua juruterbang tersebut beragama Islam dan membawa 237 nyawa manusia dan mempunyai etika dan ikrar untuk mendahulukan keselamatan penumpang seratus peratus sebelum diri mereka sendiri.

"Berbeza dengan juruterbang tentera mereka boleh keluar dengan kerusi kecemasan jika kapal terbang mengalami masalah, namun bagi pesawat komersial, juruterbang mempunyai etika dan tanggungjawab untuk memastikan penumpang pesawat diselamatkan sebelum mereka menyelamatkan diri sendiri dalam keadaan tertentu," katanya.

Utusan melaporkan beliau berkata demikian semasa melawat waris rumah penumpang MH370, Muzi Yusop di Kuala Langat Khamis.

Fox News melalui penganalisis serta tetamu jemputan mereka mengaitkan Malaysia sebagai negara majoritinya Islam dan kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang MH370 beragama Islam, sebagai punca nahas.

Shahruddin berkata, tindakan media asing terbabit mengaitkan aspek agama dengan juruterbang MH370 yang merupakan warganegara Malaysia beragama Islam merupakan cubaan memecahbelahkan rakyat negara ini yang selama ini terbuka dengan ajaran agama masing-masing.

"Pada hemat saya perbincangan yang menjurus kepada tuduhan pengganas merupakan tuduhan yang amat berat dan media tersebut mendahului siasatan pihak berkuasa dan ia menandakan betapa dangkal dan jumudnya pemikiran dan pengetahuan mereka mengenai ajaran Islam.

"Apa yang saya boleh simpulkan tindakan mengadakan perbincangan sedemikian dan kesimpulan yang dibuat adalah bersifat biadab dan menyebabkan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini menjadi resah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana