ALhaiii....Bapa 4 anak kantoi dicekup leka berasmara gadis muda.

KULIM - Bapa empat anak berusia 30-an ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) bersama pasangannya yang bekerja sebagai pembantu pasar raya di rumah sewa mereka di kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Ketua Penguatkuasa PADK, Azmi Rejab berkata, daripada maklumat diperoleh, rumah pasangan itu sering dikunjungi beberapa pasangan kekasih lain terutama pada lewat malam.


Bertindak atas laporan, PADK membuat serbuan ke atas rumah berkenaan dan mendapati hanya pasangan itu sahaja berada dalam rumah tersebut.(gambar hiasan)

Azmi berkata, PADK meminta surat pengesahan nikah, bagaimanapun pasangan itu gagal memberikannya dengan alasan ia berada di Bukit Kayu Hitam.

Siasatan awal dijalankan mendapati kenyataan dibuat pasangan itu bercanggah apabila si lelaki memaklumkan mereka bernikah di Bukit Kayu Hitam pada Februari lalu manakala si perempuan membuat pengakuan kepada jiran mereka bernikah tahun lalu.

“Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan. Mereka juga dikehendaki membawa surat nikah ke PADK ketika keterangan mereka diambil nanti.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, pasangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 9, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh di kenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali setiap seorang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana