Tiba Tiba Jer Pokok Bergoyang Ni...PKR Tubuh Jawatankuasa Siasat Azmin Saman Suara Keadilan

PETALING JAYA 26 Feb - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat laporan yang mendakwa Timbalan Presiden parti, Mohamad Azmin Ali menyaman Suara Keadilan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, jawatan kuasa itu akan diketuai  Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nor Manuty.

"Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat majlis pimpinan pusat (MPP) yang lepas mengenai tulisan Hishamuddin Rais dalam Suara Keadilan (SK) yang dikaitkan bernada serangan terhadap beberapa pemimpin," katanya dalam sidang media di sini.

Namun, Saifuddin tidak dapat mengesahkan kesahihan berita tersebut kerana tidak melihat sebarang durat dari firma guaman yang mewakili Mohamad Azmin.

"Saya dengar begitulah (ada saman)... saya belum tengok surat peguam itu, sejujurnya begitu," tambahnya.

Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel kolumnis, Hishamuddin Rais bertajuk “Khalid dan Azmin” kerana dikatakan memfitnah Azmin.

Artikel "Khalid dan Azmin" ditulis Hishamuddin dan disiarkan dalam ruangan kolumnis Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu, dan turut disiarkan di portal berita Malaysiakini.

Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana