Pelik Anwar biar sahabat baiknya disaman ahli PKR

KUALA LUMPUR -Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim memandang serius laporan mengenai Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkarnya yang mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman RM2 juta kepada bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu, Mohd Shamsul Mat Amin.

Katanya, walaupun tidak berhasrat mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu, tetapi beliau percaya tidak semua perkara harus diselesaikan menerusi saluran undang-undang.

“Sebagai peguam, pada pandangan saya dari segi amalan perundangan di Malaysia, tiada halangan kepada sesiapapun termasuk wakil PKR untuk mengemukakan saman di atas kenyataan umum yang dibuat oleh Abdul Hadi tempoh hari.

“Namun, isu ini tidak harus dilihat secara sempit, ianya lebih besar iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan yang serius di antara PKR dengan Pas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam penghakiman ingkar itu juga Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Abdul Hadi membayar lima peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Perintah tersebut dikeluarkan berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd Shamsul sebelum ini.

Mohd Shamsul memfailkan saman terhadap Abdul Hadi berikutan dakwaan yang dibuat Ahli Parlimen Marang itu bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Bagaimanapun, sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut Julai tahun lalu, Mohd Shamsul mendesak Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataan calon PKR menjual pil kuda kerana masyarakat menganggap beliau seperti yang didakwa oleh Presiden Pas itu.

Zaid menjelaskan, dari segi moralnya, tindakan Mohd Shamsul itu hanya menunjukkan kecelaruan yang jelas dalam kerjasama parti pakatan pembangkanng.

“Saya hairan mengapa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berdiam diri dalam isu ini yang sudah berlaku sejak PRU lalu.

“Saya mempersoalkan mengapa Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat,” katanya.

Oleh itu beliau menggesa Anwar supaya bertindak lebih gentleman dan harus mengarahkan ahlinya menarik balik saman terhadap Abdul Hadi kerana jika kes itu diteruskan ia hanya menunjukkan keangkuhan PKR sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana