Krisis Air : Penduduk Balakong Semakin Letih

25 Feb - Sudah 16 hari penduduk sekitar Taman Impian Ehsan, Balakong menderita akibat terputus bekalan air di kawasan mereka. Suatu tempoh yang agak panjang untuk mereka menghadapi penderitaan itu lebih-lebih lagi kepada penghuni flat atau pangsapuri.

Setiap pagi, rutin harian mereka bukan lagi untuk menyiapkan anak ke sekolah, sediakan sarapan untuk keluarga tetapi hanya memikirkan bilakah akan dapat melihat titisan air di pili sinki dapur mereka. Bila keadaan akan pulih seperti sedia kala dan apakah tarikh untuk melihat lori-lori tangki 'lenyap' dari pandangan mata.

Jika mahu lihat kekuatan hidup bermasyarakat, penduduk di Balakong kini sudah cukup membuktikan betapa mereka saling bekerjasama di antara satu sama lain. Ada dikalangan anak muda yang dilihat membantu warga emas mengangkut air. Namun, sampai bila mereka akan menghadapi penderitaan ini?

Sungguhpun wujud penganjuran bantahan, demonstrasi jalanraya memarahi dan mempersoalkan kecekapan pentadbiran Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), namun masalah mereka tiada juga kesudahanya. Ini berikutan menurut pakar penderitaan ini pastinya berakhir sekiranya loji dapat menerima taburan hujan selama 3 hari.

Melihat dari sudut mencari kesalahan siapa, apakah logik jika ia 'ditujukan' kepada hujan semata-mata? Tiadanya air di Balakong kerana hujan tidak turun. Lantas itu terdengar cadangan-cadangan dikalangan 95% penduduk Melayu di Taman Impian Ehsan untuk tidak menjerit di bahu jalan / lebuhraya tetapi mengutamakan penganjuran solat hajat, memohon doa kepada Yang Maha Esa supaya bumi Balakong menerima rahmat-Nya.

Tidak dinafikan penduduk yang letih ini telah menerima bantuan daripada pelbagai pihak. SYABAS dengan lori tangkinya dan terbaru, lori tangki celoreng milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diarahkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi 'penghuni' di kawasan kediaman mereka.

Begitu juga dengan parti politik. Walaupun lori tanpa logo, parti UMNO / Barisan Nasional (BN) dan PAS tetap menghulurkan bantuan mereka. Agak berbeza sedikit dengan sumbangan parti DAP apabila terpampang logo parti Pakatan Rakyat (PR) di dada lori mereka. Malah bendera parti DAP akan berkibar megah tatkala rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu turun padang terutamanya pada waktu petang dan malam menjenguk kesengsaraan rakyat.

Waima jelas jenama kepartian ingin dipopularkan, Eddie Ng Tien Chee selaku ADUN Balakong juga disifatkan 'terlanjur' kerana menuding jari ke arah pihak lain dengan mendakwa penghantaran lori tangki SYABAS dieksploitasi UMNO yang kononnya hanya mengagihkannya kepada penyokong BN sahaja.

Sikap mencari kesalahan orang lain dalam usaha 'mencuci tangan' merupakan tindakan kurang bijak Eddie Ng sehingga terlupa bahawa kerajaan negeri adalah di bawah kuasa pemerintahan PR. Maka itu tidak hairanlah ada dikalangan penduduk yang mengikuti isu semasa akan melihat kembali tajuk loji Langat 2 di dada-dada akhbar lama. Permainan politik sejak 4 tahun lepas menjadikan penderitaan penduduk Balakong menjadi realiti. Apa yang tersurat, penduduk Balakong semakin letih.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana