Isu Langat 2 : Penduduk Kecewa, Rasa Tertipu dengan Janji MB Selangor

BALAKONG 26 Feb - Rata-rata penduduk yang menghadapi krisis air berang dan merasa ditipu dengan jaminan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendakwa masalah air tidak akan berlaku di negeri itu.

Seorang Pesara Mad Saad b Baharom, 56, berkata, krisis yang dialami penduduk di sekitar kawasan tersebut juga berpunca dengan keputusan kerajaan negeri tidak meneruskan Projek Langat 2 oleh kerajaan persekutuan yang pernah dibincangkan 5 tahun dahulu.

"5 tahun lepas dahulu kerajaan telah menguar-uarkan bahawa penduduk di Selangor akan menghadapi masalah ini tapi ianya tidak diendahkan oleh Menteri Besar Selangor.

"Projek Langat 2 memang sepatutnya di bina sejak dahulu lagi, kita sepatutnya menjadi negara yang lebih maju tetapi bila masalah ini terjadi ia dah seperti balik ke belakang, sebab bila dah jadi macam ini baru kelam kabut mencari jalan penyelesaian," katanya kepada Rakyat News di Taman Impian Indah di sini hari ini.

Bagi seorang Kontraktor Zaid Hamizad Zainon, 30, beliau mempersoalkan apakah wujud permainan politik di dalam krisis air yang berlaku memandangkan daerah terdekat, Kajang bakal menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK).

"Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memberitahu bahawa empangan kering tetapi apa yang kami persoalkan di sini mengapa kita di Balakong sahaja mengalami krisis air dan tidak di Kajang.

"Sekiranya benar empangan kering sepatutnya semua kawasan sekitar sini mengalami masalah bekalan air, adakah wujud permainan politik menjelang PRK di Kajang," ujarnya.

Sementara itu bagi Norazimah Asmawi, 32, beliau amat kecewa kerana baginya menteri besar telah melakukan penipuan kepada rakyat dan memaksa rakyat menanggung kesusahan.

"Kami rasa kecewa dan tertipu dengan jaminan daripada menteri besar kerana sejak 20 tahun lalu saya duduk di sini krisis seteruk ini tidak pernah terjadi.

"Kami terpaksa menanggung kesusahan, penat mengangkat air setiap hari sehinggakan ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital," katanya.

Dalam masa yang sama, Ernie Hamsun, 36, berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melakukan pembohongan kepada rakyat dan tindakan mereka membuat jadual catuan tidak berpatutan memandangkan mereka telah lama menghadapi krisis air.

"Mereka telah membohong dan kami rasa tertipu dan cuba bayangkan warga-warga emas yang menetap di tingkat atas juga menanggung derita kerana perlu mengangkat air.

"Bagi saya jadual untuk catuan air tersebut tidak membawa apa-apa makna kepada kami kerana di sini telah menghadapi krisis air sejak 3 minggu yang lalu," ujarnya.

Sebelum ini, projek Langat 2 yang dilaksanakan kerajaan Pusat untuk menangani krisis bekalan air di Lembah Klang dan Putrajaya itu terpaksa ditangguhkan berikutan tindakan kerajaan negeri yang dilaporkan enggan memberikan kelulusan perintah pembangunan (DO).

Namun Khalid mengubah pendirian apabila Kerajaan Persekutuan dan Selangor sebentar tadi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penstrukturan semula industri air negeri itu.

Majlis itu telah berlangsung di Bangunan Perdana Putra dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana