Ikuti Lah Kisah Sebenar Krisis Air Di Selangor.....

SEBAGAI wartawan yang terlibat secara tak langsung dalam isu ini, aku nak bagitaulah serba sedikit mengenai masalah air di Selangor. Aku pernah dipanggil sampai ke Putrajaya sebab benda ni. Actually kalaulah plan asal nak buat Loji Air Langat 2 berjalan 'tanpa gangguan', risiko takde air takdelah tinggi sangat sepertimana sekarang.

Langat 2 merupakan sebahagian drp Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.

Projek tu tertanguh sejak 2010 sebab kerajaan negeri Selangor masa tu percaya bekalan air mencukupi sehingga 2019.
Masa tu Pakatan nak kerajaan pusat fokus pada pengstrukturan air, mereka nak ambil alih Syabas.
Dan dalam tempoh tu macam-macam berlaku, tuduh menuduh antara Syabas, kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Aku sendiri sampai naik biol dibuatnya.

To be fair, sebenarnya ketiga-tiga pihak ada alasan yang kukuh untuk mempertahankan apa yang mereka 'percaya'.
Kalau nak hurai secara lanjut aku rasa boleh buat novel 'bersiri' mengenai pertelingkahan ini.

Apapun syukurlah, kerana awal tahun ini Tan Sri Khalid akhirnya 'akur' untuk meneruskan projek itu dgn beberapa syarat tertentu.
Susah sebenarnya untuk cakap siapa betul, siapa salah.
Yang pasti, sementara nak siap loji ni, nak tak nak belilah baldi siap-siap. Itu ajelah rumusannya. Takde lain dah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana