Catuan air di Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang Mulai Khamis...Penduduk Mula Marah?

KUALA LUMPUR 25 Feb - Sebanyak 71 kawasan membabit 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bakal mengalami catuan air berjadual selama dua hari berselang bermula Khamis ini hingga 31 Mac depan.

Pengarah Eksekutif, Pembangunan Teknikal SYABAS, V Subramaniam, berkata pengagihan air berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung Notis Pengagihan Air Berjadual di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul KhalidIbrahim mengumumkan catuan air secara bergilir di seluruh negeri itu akan bermula hari ini bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Februari lepas.

"Menerusi program catuan ini, kita janji setiap pengguna akan dapat bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya.

"Sekurang-kurangnya dalam seminggu, empat hari pengguna akan dapat air sepenuhnya dan catuan akan berlarutan sehingga ke suatu masa yang kita rasa sesuai untuk hentikannya iaitu apabila musim hujan bermula, dijangka akhir Mac," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana