Anwar....jangan lupa kisah Ong Tee Keat VS Datuk Harun

Majoriti 6,824 undi yang diperolehi oleh calon PKR Lee Chin Cheh pada PRU13 dikira menjadi salah satu faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang untuk masok Selangor.

Dilihat dari semua sudut Kajang adalah kerusi cukup selamat baginya untuk beradu nasib.

Dari satu sudut lain tidak salah untuk cakap Anwar nampaknya penakut hendak bertanding di kawasan DUN lain yang lebih mencabar.

Kata orang kalau betul sangat nak tunjuk hebat kenapa misalnya tidak pilih Ijok yang majoriti kemenangan calon PKR Dr Idris Ahmad cuma 739 undi sahaja.

Ini mengenangkan gendang dipalu PKR konon Anwar nak jadikan Selangor sebagai pentas untuk menawan Putrajaya pada PRuke 14 nanti.

Jarak yang dekat antara Kajang dengan Putrajaya tidak wajar dijadikan alasan.

Semua orang tahun Barisan Nasional tidak rugi apa-apa dalam petarungan di Kajang nanti.

Kalah pun Selangor tetap Selangor dibawah Pakatan Rakyat.

Namun tekanan ‘Kajang Move’,istilah yang popular digunakan oleh media terharap gerak langkah PKR ini – jelas sekali lebih diatas bahu Anwar.

Malah sekalipun kejayaan BN untuk mengurangkan majoriti PKR di Kajang sudah cukup untuk menconteng arang pada mukanya.

Sebab  itu ramai yang melihat keputusan BN bertanding pada pilihanraya kecil itu disebalik ada pandangan buang masa saja melayan game Anwar – adalah satu keputusan tepat.

Perhatian juga kini tertumpu kepada MCA yang hendak bangun semula setelah mengalami kemerosoton pengaruh pada PRU12 dan PRU13.

Harapan kini adalah pada team pimpinan baru MCA dibawah Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertaruhkan Naib Presiden parti,Datin Paduka Chew Mei Fun.

Imej Mei Fun,seorang yang berprinsip dan tiada kontroversi maupun skandal tentu boleh buat Anwar dan gengnya tidak berada senang duduk.

Dalam politik macam-macam boleh berlaku.

Nama besar belum tentu satu jaminan.

Kalau diputar balik sejarah di Selangor sendiri,apa yang berlaku pada pilihanraya kecil parlimen Ampang Jaya pada 28 Januari 1989 adalah buktinya.

Siapa pernah fikir otai politik yang cukup berpengaruh bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Datuk Harun Idris boleh tewas ditangan pendatang baru ketika itu,Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pilihanraya kecil yang sengit itu mencuri perhatian seluruh negara kerana ia menguji kekuatan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah berentap dengan UMNO/BN.

Harun ialah salah seorang bekas pemimpin UMNO yang menyertai Semangat 46 selepas UMNO diharamkan lanjutan dari pemilihan bersejarah parti itu pada 1987.

Itulah kali pertama Tee Keat bertanding pilihanraya dan beliau berjaya menewaskan Harun dengan majoriti 4,500 undi.

Mungkin ada kalangan budak-budak baru PKR yang tidak tahu sejarah terkinja-kinja merasa dunia ana yang punya mengenangkan majoriti 6,824 di Kajang.

Namun siapa tahu mungkin bos mereka yang mengidam sangat hendak ke Putrajaya tengah berserabut kepala mengenangkan apa yang pernah berlaku kepada Harun pada tahun 1989.

Ini lebih-lebih lagi dengan senario sesi turun padangnya kebelakangan ini.Jelas sekali kehadiran orang Melayu agak kurang.

Anwar dikatakan meletakan harapan besar kepada pengundi Cina yang merupakan 41 peratus dalam daftar pengundi di DUN Kajang.Dari lebih 38,000 pengundi situ Melayu pula 48 peratus dan India 10 peratus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana