Anwar takut berdebat...Kata Hebat Sangat

Calon Bebas pilihanraya kecil DUN Kajang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima cabarannya berdebat, bagi membolehkan agenda pakatan pembangkang di Selangor, dinilai oleh rakyat.

Zaid yang juga bekas Naib Presiden PKR, berkata setakat ini cabaran debat itu belum disahut Anwar, yang dianggapnya tidak berani berdepan, kecuali menggunakan media sosial untuk menghentam beliau.

“Kalau dia (Anwar) takut (berdebat), tidak bolehlah jadi pemimpin dunia. Saya bukan buat kenyataan gimik, debat ini untuk beri peluang kepada rakyat Selangor mendapat penjelasan.

“Kenapa dia nak bertanding di Kajang? Kenapa Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mahu ditukar? Kenapa tiada perbincangan dengan PAS selaku rakan pembangkang. Banyak isu boleh dibahaskan?

“Perdebatan ini bukan nak tunjuk saya hebat, sebab dia (Anwar) memang hebat, suka cakap pusing-pusing, gambarkan saya tidak boleh dipercayai. Saya bersikap terbuka dan menunggu keputusannya (terima cabaran debat),” katanya.

Mengulas kenyataan Anwar bahawa cabaran utama dalam pilihanraya kecil DUN Kajang adalah calon BN, Zaid berkata perkara itu bukan ditentukan Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana