Tindakan Adun Kajang letak jawatan tidak beretika – Ahli akademik

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Langkah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan sebagai wakil rakyat semalam adalah tidak beretika dan mempermainkan demokrasi.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berkata langkah Adun itu juga jelas tidak bertanggungjawab kerana lebih mengutamakan agenda parti dan telah membuang masa dan wang rakyat.

“Sekiranya (Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim mahu mengambil alih dan kemudian menjadi Menteri Besar Selangor, ia
memperlihatkan wajah sebenar beliau dan parti tersebut.

“Tindakan itu membayangkan agenda peribadi itu lebih penting dari rakyat dan mewujudkan persoalan adakah beliau dapat menumpukan perhatiannya sebagai Adun (dan anggota Parlimen) di dua kawasan dan kemudian sebagai Menteri Besar,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tindakan parti politik itu tidak bagus untuk masa depan demokrasi Malaysia kerana ia perlu bersandarkan pada suara rakyat dan bukan undi
untuk kepentingan peribadi atau memberi tempat untuk pemimpin tertentu.

Anwar hari ini dinamakan PKR sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan Lee.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata pemilihan Anwar dibuat selepas dipersetujui Majlis
Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pagi ini.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia Dr Azmi Hassan berkata tindakan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang dilihat untuk menyelesaikan masalah dalam parti PKR Selangor itu sendiri dan mengambil jalan tengah iaitu beliau sendiri menjadi menteri besar.

“Langkah yang diambil Anwar tidak menghairankan atau mengejutkan kerana ini dilihat sebagai langkah terakhir untuk menyelamatkan parti tersebut dari berubah kepada keadaan yang lebih teruk.

“Adalah tidak adil untuk mempergunakan pengundi di Kajang dan mereka perlu memikirkan apakah mereka itu rela dipergunakan,” katanya.

Bekas anggota Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ibrahim Saad juga mempersoalkan tindakan Anwar dan kebolehannya sekiranya beliau menang dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau yang pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang semasa Umno negeri di bawah pimpinan Anwar, menyifatkan Anwar sebagai seorang yang banyak mempunyai rancangan dan agenda peribadi.

“Berkemungkinan Anwar telah bertukar alamatnya iaitu di Selangor dan membenarkan beliau bertanding di kawasan itu seperti yang tertulis di dalam
undang-undang dan Anwar juga pernah menggunakan alamat rumah saya di Permatang Pauh untuk bertanding bagi menjadi wakil rakyat kawasan itu,” katanya.- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana