Pukul anak, Shalwati berdepan dua tuduhan - Peguam

STOCKHOLM: Peguam Kristofer Stahre yang telah dilantik oleh pihak mahkamah untuk mewakili Shalwati Nurshal, memberitahu bahawa Shalwati sebenarnya dituduh memukul anaknya beberapa kali dalam sesuatu tempoh.

Stahre menambah, Shalwati tidak mungkin ditahan sekiranya insiden ini berlaku hanya sekali.

"Shalwati dituduh beberapa kali memukul anaknya secara fizikal, seperti menampar mereka jika tak menyiapkan kerja rumah. Perkara ini serius apabila berlaku beberapa kali mengikut undang-undang Swedish dan ia melanggar integriti," katanya yang dipetik daripada Astro Awani.

Beliau juga menjelaskan bahawa Shalwati berdepan dengan dua kes yang berbeza iaitu kes jenayah dan kes hak penjagaan sebagai seorang ibu.

Stahre turut menjangka dua senario yang berbeza iaitu sama ada tempoh reman dilanjutkan atau Shalwati dibebaskan namun ia masih belum bermakna beliau boleh bertemu dengan anak-anaknya.

Bagaimanapun Stahre percaya bahawa ada kemungkinan mahkamah akan mempertimbangkan isu percanggahan budaya antara Malaysia dan Sweden.

"Sebenarnya sudah beberapa kes seperti ini dibicarakan di Sweden kerana Sweden adalah antara perintis dalam menjenayahkan hukuman fizikal. Biasanya ia melibatkan perbezaan budaya dan bagaimana anda melihat isu ini. Dalam kes yang saya kendalikan saya yakin mahkamah sudah mengambil kira faktor berkenaan.

Kata Stahre lagi, Shalwati ditahan kerana pihak berkuasa percaya ada risiko beliau akan lari dari Sweden dan ia akan mengganggu bukti serta kemungkinan beliau akan meneruskan kesalahan.

Stahre juga memberitahu bahawa beliau dijadualkan bertemu dengan Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin pada 29 Januari di kedutaan Malaysia di Stockholm.

Kes Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin akan didengar pada 30 Januari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana