Laporan Polis Terhadap Pemandu N Surendran, Peguam Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 28 Jan - Pemilik portal berita Wan Muhammad Azri Wan Deris membuat laporan polis ekoran berasa curiga dengan tindakan pemandu N Surendran mengambil gambar kenderaanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi tadi.

Menurut beliau, selepas mengambil gambar kereta miliknya pemuda tersebut secara terburu-buru menaiki kenderaan majikannya jenis Jaguar berwarna hitam untuk beredar dari lokasi.

Jelas Wan Azri, beliau bersama pembantu dan pengawal peribadinya menghampiri pemuda tersebut bagi bertanyakan sebab atas tindakannya itu.

Ujarnya, pemuda tersebut mengaku merupakan pemandu peribadi kepada Surendran yang merupakan peguam dalam kes tuntutan saman RM100 juta oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Katanya, tindakan pemuda tersebut boleh membawa ancaman terhadap dirinya berikutan mempunyai kaitan dengan pihak dalam kes saman Anwar.

Wan Azri kemudiannya membuat laporan polis bagi menjalankan siasatan disamping menjamin keselamatan diri, keluarga dan harta bendanya.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira jam 10.30 pagi tadi sejurus selepas tamat perbicaraan kes samannya di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur.

Pada Mac tahun lalu, Anwar memfailkan saman terhadap Wan Azri berikutan didakwa sebagai pengendali laman web PapaGomo.com yang mengeluarkan siri gambar separuh telanjang miripnya.

Semasa perbicaraan, tiada sebarang bukti mengaitkan Wan Azri sebagai PapaGomo dan perkara tersbut turut dipersetujui Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana