Jawatan MB : Dr Rani Beri Amaran pada Khalid

KUALA LUMPUR 29 Jan - PAS Selangor memberi amaran kepada Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa sebarang pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor bukan hak eksklusif Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Osman berkata, pimpinan PAS di peringkat akar umbi membantah jika benar PKR bakal membuat keputusan secara bersendirian berhubung jawatan tertinggi kerajaan negeri Selangor itu tanpa merujuk kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR), PAS dan DAP.

“Secara peribadi saya bersetuju dengan Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman bahawa Pas akan menghantar dua atau tiga calon kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ia terpulang sama ada mendapat perkenan.

“Dan kita sudah ada senarai itu dan kita bukan 100 peratus bersetuju jika PKR ingin menentukannya sendiri ,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, PKR sewajarnya mengambilkira usaha kesemua rakan PR yang membawa kepada kemenangan di Selangor pada Pilihan Raya Uumum ke 13 (PRU13) lalu dan mengadakan perbincangan bersama sebelum membuat sebarang keputusan dalam pentadbiran negeri.

Rani juga mempersoalkan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh tanpa sebarang penjelasan darinya.

“Kita faham, beliau (Chin Cheh) ada hak jika mahu meletak jawatan tetapi secara profesional dan berakhlak,  perkara ini pada pandangan saya sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat bersama bagi mendapatkan pandangan daripada pimpinan PAS dan DAP.

“Saya difahamkan ia berlaku tiba-tiba dan PAS Selangor juga tidak dirujuk mengenai perkara itu. Ini melibatkan kos yang banyak untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK). Takkanlah kita hendak habiskan duit begitu saja, banyak lagi perkara boleh dilaksanakan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana