INI BARU GEMPAR!!! 8 LAGI ADUN PKR BAKAL LETAK JAWATAN MENJELANG KHAMIS!!!

PKR memang dah biasa buat kerja-kerja alihkan isu ini dengan mengorbankan orang-orang mereka sendiri. Ingat tak lagi bagaimana Wan Azizah diarahkan lepaskan Parlimen Permatang Pauh untuk Anwar bertanding, kemudian Penanti, kemudian Bukit Selambau... semuanya demi politik Anwar Ibrahim yang sedang kacau bilau ketika itu.

Sekarang, Anwar kacau bilau lagi dengan projek Jepunnya yang serba memalukan, projek Khalid Ibrahim yang dah makan kulit muka, projek Azmin Ali yang tetap kantoi nak jadi Menteri Besar Selangor, selain projek menipu tentang perbendaharaan negeri serta perolehan negeri yang tidak lagi dapat ditutup atau diselindungi dengan pembohongan demi pembohongan.

Mahu tidak mahu, memang kena buat dramalah...

Di Selangor, BN menerusi UMNO hanya menang 12 Kerusi DUN. Pusing kut mana pun, malah walau berganding dengan PAS yang menang 15 Kerusi DUN pun, UMNO tidak akan mungkin dapat jadi Kerajaan Negeri Selangor.

Jadi inilah masanya untuk PKR alihkan segera isu-isu tentang konflik dalaman parti tersebut terutama menjelang pemilihan parti yang sudah tidak lama lagi akan berlangsung. Malah turut berpeluang mengalihkan isu perceraian Nurul Izzah dan suaminya yang begitu hangat hujung minggu lepas.

Sudah terdengar cerita kononnya 8 orang ADUN PKR Selangor akan meletakkan jawatan sebagai protes kepada Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Makna kata, kalau benarlah berlaku, maka akan adalah 8 PRK di Selangor.

Nak minta DAP dan PAS bersetuju agar DUN di Selangor bubar, memang tak bolehlah. Jadi, kenalah PKR sahaja yang bubarkan kerusi yang mereka miliki.

Drama dan terus berdrama puak-puak PKR nih...

Anehnya, MELAYU-MELAYU SELANGOR SUKA TENGOK DRAMA NI sebagaimana sukanya sesetengah orang melongo sampai terjelir-jelir lidah menonton Anugerah Juara Lagu!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana