Calon DUN Kajang : Anwar Berang Disoal Keputusan Bazir Wang Rakyat

KUALA LUMPUR 28 Jan - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilihat berang apabila disoal pihak wartawan mengenai keputusan mengadakan semula Pilihan Raya Kecil DUN Kajang dilihat membazir wang rakyat.

Anwar juga dengan nada sindiran meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membatalkan hasrat bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi DUN Kajang dan mengekalkan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang sedia ada.

"Kawasan tersebut (DUN Kajang) sememangnya telah dimenangi oleh PKR, jadi sebaiknya berilah kita (PR) ruang untuk terus menerajuinya dan tak perlulah adakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

"Bila SPR cakap membazir wang rakyat, maknanya Barisan Nasional (BN) juga tidak perlu bertanding," kata Anwar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan pagi tadi bagi mengumumkan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bertanding di DUN Kajang oleh Menteri Besar Selangor di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini turut mengumumkan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana