BEKAS ADUN KAJANG LARIKAN DIRI DARIPADA WARTAWAN

Apakah sebenarnya yang berlaku susulan daripada peletakan jawatan serta-merta ADUN Kajang, Lee Chin Cheh sehingga ada berita yang mengatakan ini adalah arahan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang akan bertanding di DUN Selangor bagi menyelesaikan persengketaan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali?

Speaker DUN Selangor. Hannah Yeoh dalam pada itu telah menerima surat peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN dan akan mengemukakan kepada SPR pada hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan.

Tindakan ahli PKR secara mengejut ini bukanlah kali pertama bahkan pernah dilakukan oleh orang yang sama di mana ketika itu Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan suaminya yang juga bekas banduan, Anwar bertanding biarpun Pilihan Raya Umum Ke-12 belum sampai setahun.

Perbuatan itu jika dilihat lebih terarah untuk kepentingan politik PKR sahaja berbanding asas sebenar pilihan raya adalah untuk memilih pemimpin bagi memimpin dan memelihara kebajikan rakyat.

Harus diingat bahawa mengadakan PRK dengan saja-saja seperti yang dilakukan PKR sekarang ini adalah sebenarnya merugikan wang rakyat. Apakah PKR tidak tahu atau buat-buat tidak tahu kos yang terpaksa dibelanjakan SPR untuk mengadakan pilihan raya melibatkan jutaan ringgit?

Jika kerusi DUN atau Parlimen itu kosong disebabkan wakil rakyatnya meninggal dunia atau dikenakan penjara sehingga hilang kelayakannya sebagai wakil rakyat, itu boleh diterima, tetapi jika mengosongkan kerusi dengan serta-merta tanpa sebab seperti yang dilakukan ADUN PKR itu sesuatu yang sangat-sangat salah.

Juga, tindakan Lee Chin Cheh yang mengosongkan kerusi ADUN Kajang dilihat sebagai mengkhianati kepercayaan pengundi Kajang dalam PRU-13 sebelum ini. Secara jelas, pemimpin PKR hanya lebih mementingkan kuasa politik berbanding membantu rakyat di kawasan yang dimenangi mereka.

Ini seolah-olah PKR cuba mempermainkan pengundi Kajang yang memilihnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukannya sesuka hati meletak jawatan demi kepentingan politik seseorang sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana