Azmin Alih Isu : Cabar Najib Lawan Anwar di DUN Kajang...Bangangnya Azmin Nak Alihkan Isu

KAJANG 29 Jan - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bertanding di DUN berkenaan semalam.

Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali berkata UMNO perlu bertanding pada sekiranya parti tersebut merasakan mempunyai sokongan yang kuat di kerusi Selangor itu.

“Kalau Umno hebat, letak Najib. Jangan letak MCA, Gerakan sebagai calon,” katanya ketika berucap semasa sesi taklimat bersama jentera PKR di sini, hari ini.

Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR berkata cabaran tersebut MCA dan Gerakan

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak berpandangan penduduk di kerusi DUN berkenaan harus bersyukur selepas Anwar mengesahkan untuk bertanding di DUN berkenaan.
alt
"Bukan Anwar kemaruk untuk jadi Adun... dia pemimpin besar, bukan setakat pimpinan di Malaysia, sebaliknya dia pemimpin bertaraf dunia.

"Anwar bukan sahaja milik Selangor dan Malaysia, tetapi negara-negara Islam di Timur Tengah juga perlu kepimpinan beliau (Anwar)," ujarnya.

Pada Pilihan Raya ke-13 (PRU13) lalu, calon PKR, Lee Chin Cheh memenangi kerusi DUN Kajang dengan 19,571 undi dengan majoriti sebanyak 6,824 mengalahkan enam calon lain termasuk daripada BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Calon BN, Lee Ban Seng berjaya mendapat undi sebanyak 12,747.

Kekosongan kerusi DUN Kajang berlaku selepas Lee Chin Cheh melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Difahamkan, tindakan ketua pembangkang bertanding pada PRK kali ini adalah untuk meredakan kemelut “perang dingin” antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tindakan Anwar turun bertanding kerusi negeri itu juga dikatakan cubaan untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana