Anwar calon Kajang...tandatanya terus berlegar pilihanraya kecil untuk apa?

Kini ceritanya satu dunia sudah tahu....Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah calon PKR untuk pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang untuk ganti Lee Chin Cheh  yang 'suka-suka' letak jawatan.

Soalnya boleh percaya ke Ketua Umum PKR itu terus cuba menepis lagi spekulasi beliau hendak mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.Pagi Selasa Anwar dan Khalid mengadakan sidang akhbar bersama di ibupejabat PKR di Tropicana,Petaling Jaya untuk jelaskan ' isu-isu Selangor'.

Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh Lim Kit Siang sebagai wakil DAP dan Salahuddin Ayub wakil PAS serta lain-lain pimpinan PKR.Di situ Khalid sendiri telah mengumumkan Anwar sebagai calon pilihanraya kecil itu yang sekaligus menjawab teka teki sejak petang semalam siapa calonnya bila Lee umum nak letak jawatan.Menteri Besar Selangor itu kata beliau setuju Anwar calon itu.Katanya kalau tidak setuju beliau tidak akan berada di sidang akhbar itu.
kajang2xx
Azmin Ali yang merupakan bos PKR Selangor dan diketahui tidak sebulu dengan Khalid tidak duduk dalam sidang akhbar itu.Beliau berada di luar bilik sidang akhbar.Tanda tanya terbesar pastilah apakah Anwar akan mengantikan Khalid jika menang pilihanraya kecil nanti?Inilah jawapan Anwar pada persoalan itu.Katanya pilihanraya kecil ini bukan untuk mengantikan Khalid." Kita biar beliau teruskan tugas-tugasnya (sebagai Menteri Besar).Kita tumpu nak menang pilihanraya kecil".

Pelik bukan bunyinya.Apakah pilihanraya kecil untuk ganti Lee yang Suruhanjaya Pilihanraya kena belanja lebih sejuta ringgit untuk kendali cuma untuk main-main saja?Bacaan semua orang pastinya akan 'move' tertentu ke arah jawatan Menteri Besar dengan pengumuman Anwar sebagai calon.
Isnin Anwar sendiri sudah nafi laporan media beliau akan ganti Khalid dan Khalid sendiri juga sudah nafi akan letak jawatan.'Game' apa ini ?  Ramai yang sudah boleh baca segala gerak langkah ini.

Lagipun cakap Anwar mana boleh pegang.Ingat isu temberang pasal 14 September 2008 dan lain-lain yang sewaktu dengannya.Jangan lupa dengan pilihanraya kecil ini...ia buat kali kedua Anwar diberi laluan untuk bertanding.Sebelum ini Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail lepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk buka laluan kepadanya bertanding.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana