TERKINI TOL TIDAK AKAN DI NAIKKAN ?PUAK PR MEROYAN.....BAGAIKAN KENA SAWAN

KUALA LUMPUR – Ketika orang ramai sudah boleh membayangkan peningkatan kadar tol berikutan tersebarnya di laman sosial senarai ‘harga baru’ yang didakwa dikeluarkan oleh konsesi tol, timbul ura-ura kenaikan itu tidak akan berlaku.Walaupun syarikat-syarikat konsesi tol sudah meminta kebenaran daripada kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya, belum ada sebarang keputusan rasmi dibuat mengenainya.
Sebuah portal memetik kenyataan sumber kerajaan sebagai berkata, jadual baru kenaikan harga tol yang disebarkan di laman-laman sosial sejak beberapa minggu lalu adalah tidak benar.

“Khabar angin itu tidak benar,” kata sumber itu kepada Malaysiagazette.SENARAI semakan harga baru kadar tol yang disebarkan pihak tertentu di laman sosial sejak beberapa minggu lalu.SENARAI semakan harga baru kadar tol yang disebarkan pihak tertentu di laman sosial sejak beberapa minggu lalu.
Menurut sumber berkenaan, syarikat konsesi berkenaan belum menerima ‘lampu hijau’ daripada kerajaan, di sebalik bantahan umum termasuk para penyokong kerajaan terhadap rancangan syarikat terbabit untuk mengumumkan semakan kadar baru.

Sebelum ini, sebanyak 25 syarikat konsesi tol termasuk di Selangor dilaporkan akan menaikkan kadar tol masing-masing mulai tahun depan.Semakan tersebut membabitkan cadangan kenaikan antara 20 hingga 40 peratus.Bagaimanapun, syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sebelum ini mengumumkan tidak akan berbuat demikian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana