SOSMA menanti peserta perhimpunan haram 31 Disember....

AMAR SINGH ketika memberi taklimat mengenai hasil risikan polis yang mengenal pasti empat NGO yang merancang mengadakan perhimpunan haram malam 31 Dis nanti. “Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia serta Solidariti Mahasiswa Malaysia dipercayai akan terlibat dalam perhimpunan itu,” kata Amar Singh pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Amar Singh berkata, penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan. Oleh itu katanya lagi, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas demi menngelakkan tercetus huru-hara. Polis tidak akan menggunakan apa juga peruntukan undang-undang yang ada termasuk SOSMA 2012 terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keamanan dan ketenteraman dalam negara. Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara. Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan dan meminta polis bertindak mencegahnya. Manakala di satu pihak yang lain, polis sehingga Sabtu belum menerima walaupun satu notis pemberitahuan untuk mengadakan perhimpunan dari mana-mana pihak seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana