Perkasa Selangor Bantah Kenyataan Pengarang The Herald

SHAH ALAM: Seramai 70 anggota dan pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, yang diketuai Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya, membuat bantahan secara aman di depan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini pada Ahad.

Tunjuk perasaan itu berlangsung selepas Perkasa Selangor membuat laporan polis pada 2.30 petang terhadap Pengarang Mingguan Katolik The Herald Paderi Lawrence Andrew berhubung satu kenyataan yang dikeluarkannya dalam portal berita themalaysianinsider.com Jumaat lepas.

Andrew dipetik sebagai berkata Gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah 'Allah' dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islammenggunakan kalimah itu.

Perkasa, dalam laporannya, meminta siasatan terperinci dan tindakan tegas diambil oleh pihak polis dan JAIS terhadap paderi itu serta The Herald agar penggunaan kalimah Allah di gereja dalam negeri Selangor tidak diteruskan.

Polis mengesahkan menerima laporan Perkasa petang tadi.-BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana