Peniaga Nyaris Maut Ditembak Perompak

BESUT 29 Dis - Seorang peniaga nyaris maut akibat ditembak dua lelaki yang merompak sebuah kedai menjual telefon bimbit di Kampung Seberang Kastam, Kuala Besut semalam.

Mangsa hanya luka di perut dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2.55 petang apabila suspek yang menaiki motosikal menyerbu premis tersebut.

Mereka mengacukan pistol ke arah tiga pembantu kedai dan mengarahkan ketiga-tiga wanita berkenaan memasukkan telefon yang dipamer di premis itu ke dalam beg plastik yang dibawa para perompak, katanya.

Beliau berkata kejadian itu disedari seorang peniaga kedai makan yang terletak besebelahan kedai telefon itu yang cuba membantu, tetapi telah diacukan pistol oleh para perompak.

Kamaruddin berkata perompak itu melepaskan tembakan ke arah peniaga berkenaan sebelum melarikan diri dengan motosikal mereka yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis yang dirompak itu, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana