Pengawal Keselamatan Maut Di Belit Ular Sawa !!

Seorang pengawal keselamatan hotel di kawasan pelancongan Langkawi , Bali , maut setelah dililit ular sawa . Hingga kini , ular liar itu masih berkeliaran sehingga dikhuatiri mengancam keselamatan pelancong .

Mangsa diketahui bernama Ambar Arianto Mulyo ( 59 ) ,pengawal keselamatan Hotel Bali Hyatt Sanur . " Jenazah mangsa dibawa ke hospital Sanglah , " kata Kanit Reskrim Polsek Denpasar Selatan AKP Gusti Ngurah Yudistira , Jumaat

Musibah itu bermula saat Arianto bersama keselamatan lain melihat ular Sawa sepanjang 4 meter menyeberang jalan dan masuk ke kawasan hotel yang berada di Jalan Danau Tamblingan, Sanur, Denpasar,Khamis

Selepas berjaya ditangkap , mangsa lantas memegang kepala ular sebesar botol minum air mineral itu dengan tangan kanan , sedangkan tangan kirinya memegang bahagian ekor ular .

Tanpa disangka , ular Sawa itu berjaya melepaskan diri dan terus melilit leher mangsa . " Mangsa sempat cuba melepaskan lilitan ular itu tetapi gagal , " ujar Yudistira .

Akibat lilitan ular itu , mangsa kehabisan nafas dan maut di lokasi kejadian . " Rakan - rakan mangsa tidak berani menolong saat itu kerana ketakutan , " terang Yudistira .

Dia meminta warga dan pelancong di sekitar lokasi kejadian waspada mengingat ular Sawa itu hingga kini belum tertangkap . " Kami masih mencari kehadiran ular itu , " pungkas Yudistira .sumber:dailymail.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana