Orang ramai sudah benci dan muak Flashmob di ibu negara

Ingatkan bila sudah selesai pilihan raya umum, pembangkang dan mereka yang anti kerajaan akan berhenti bikin kacau.

Nampaknya, mereka ini tidak pernah penat dan enggan berhenti mencuba cetuskan porak peranda dengan macam-macam cara.

Bertempat di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, mereka anjur flashmob bagi membantah kenaikan tarif elektrik yang dikatakan bakal membebankan rakyat.

Program yang dipercayai anjuran pakatan pembangkang itu turut dihadiri oleh pimpinan PAS Wilayah Persekutuan.

flashmob Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan petisyen kononnya untuk ditandatangani orang ramai sebagai tanda sokongan terhadap program yang djalankan.

Jawatankuasa penganjur menjangkakan sebanyak 10,000 tandatangan dapat dikumpul dan akan diserahkan kepada pihak menteri yang bertanggungjawab menjelang acara kemuncak himpunan TURUN di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember.

Program bermula jam 5.00 petang  dan berakhir jam 7.00 petang di beberapa  lokasi LRT antaranya Stesyen Masjid Jamek, Damai, Keramat, Segambut, Kampung Baru, dan Bangsar.

Namun yang paling menarik ialah, program tersebut GAGAL mendapat sambutan.

Hanya sekitar70 orang sahaja yang berminat untuk menandatangani petisyen yang disediakan oleh pihak penganjur itu.

Petisyen yang disediakan pun tidak payar tulis nama sebenar, nombor kad pengenalan dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, sesiapa sahaja boleh menurunkan tandatangan dan orang yang sama boleh mengunakan pelbagai nama dengan berulang kali.

Menarik bukan! Ini bermaksud pengajur cuba menipu orang ramai kononnya program yang dianjurkan mendapat sokongan.

Kesimpulannya, selepas GAGAL merampas pentadbiran Putrajaya di dalam

pilihanraya umum yang lalu, pembangkang tidak lagi mendapat sokongan rakyat secara keseluruhan.

Malah pelbagai penipuan pembangkang khususnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan kepada umum dan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap mereka.

Sebab itu untuk mengembalikan keyakinan rakyat, mereka perlu mementaskan drama penipuan yang baru, bagi memastikan sokongan dapat diraih kembali.

Malangnya, rakyat nampak sudah muak dengan lakonan bodoh pihak terbabit yang sentiasa mahu memperalatkan orang ramai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana