Malaysian Insider, Malaysiakini dan Free Malaysia Today merupakan antara medium yang berkesan menghebahkan berita fitnah ?

Lagi sekali cerita yang berkisar tentang Rosmah Mansor dan anak-anaknya beredar di khalayak ramai. Pada ketika rakyat kurang memberikan perhatian kepada perhimpunan 31 Disember 2013 yang telah dirancang oleh PKR, sesuatu harus dilakukan untuK menaikkan sentimen rakyat. Kemarahan rakyat perlu disemarakkan agar rakyat akan merusuh dan seterusnya mencetuskan rusuhan yang bukan kepalang besarnya kerana tidak berpuas hati.

Untuk itu, perlu ada berita yang boleh menaikkan sentimen.

PKR tidak mempunyai sebarang masalah untuk tujuan tersebut. Dengan badan perundangan di sebelah mereka terutama sekali barisan peguam yang bersedia untuk membantu menjatuhkan kerajaan, selain barisan hakim yang sebahagian besar akan membuat keputusan berpihak kepada PKR, Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Malaysian Insider, Malaysiakini dan Free Malaysia Today merupakan antara medium yang paling berkesan membantu Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dalam menghebahkan sebarang berita yang boleh menaikkan darah para penyokong. Dan telah diketahui dari awal lagi, medium ini berupaya melakukan pemberitaan menerusi kaedah putar belit dan pembohongan fakta yang sangat hebat biarpun sudah berkali-kali dikecam, bahkan diberi amaran oleh pihak berkuasa dan Menteri Dalam Negeri.

Dari awal lagi PKR menjadikan Rosmah Mansor sebagai sasaran. Mereka telah berjaya. Anwar Ibrahim mencapai objektifnya untuk menjadikan Rosmah Mansor sebagai alasan bagi rakyat bangkit memberontak melawan Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib Abdul Razak.

Justeru, untuk menjayakan perhimpunan TURUN pada tengah malam 31 Disember 2013, berita tentang salah seorang anak Rosmah Mansor dari perkahwinan pertamanya yang bernama RIZA SHAHRIZ BIN ABDUL AZIZ membeli sebuah kondominium berharga RM110 juta di New York disiarkan.

Tiada putar belit dalam pemberitaan itu tetapi ia sengaja disiarkan untuk membangkitkan kebencian dan persepsi bahawa anak-anak para pemimpin UMNO-BN hidup mewah dengan menggunakan wang rakyat dan mereka mampu membeli hartanah di luar negara juga dengan menggunakan wang rakyat.

Pun begitu, cerita sebenar tidak akan diterangkan sama sekali.

RIZA AZIZ merupakan seorang produser filem di Hollywood. Perniagaannya lebih banyak tertumpu kepada bidang perfileman yang mencatatkan keuntungan besar. Daripada perniagaan perfileman, Riza juga khabarnya turut melaburkan dalam hartanah di kota besar New York dan London.

Antara filem yang melibatkan syarikatnya, Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles ialah The Wolf of Wall Street yang diarahkan oleh Martin Scorsese dan dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Friends With Kids yang dibintangi oleh Jon Hamm, Megan Fox, Jennifer Westfeldt, Kristen Wing, Adam Scott, Maya Rudolph, Ed Burns dan Chris O’Dowd, filem supernatural box office, Homs yang dibintangi oleh Daniel Radcliffe.

Riza juga merupakan penerbit eksekutif bagi filem Out of the Furnace yang dibintangi oleh Christian Bale, Casey Affleck, Woody Harrelson dan Zoe Saldana yang ditayangkan pada 5 Disember 2013.

Majalah Variety pada tahun 2011 telah menamakan Riza dalam senarai top-ten Producers to Watch.

Mungkin fakta ini sebenarnya tidak penting memandangkan Riza naik secara sendiri tetapi berita tentang Rosmah Mansor memang boleh ‘dijual’ bagi mendapatkan sokongan untuk menentang kerajaan. Jadi, tidak hairanlah kalau kita mendengar, ‘Anak Rosmah ada kondominium RM110 juta, anak kita ada apa.’

Buang fakta dan buang kewarasan, yang penting, naikkan kemarahan. Rosmah Mansor adalah faktornya. Tak boleh Rosmah Mansor, bolehlah digunakan anaknya pula. Yang penting, orang ramai datang berdemonstrasi di Dataran Merdeka pada tengah malam 31 Disember 2013 untuk menunjukkan kemarahan!

Sudah-sudahlah tu memperbodohkan rakyat Malaysia!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana