Individu rosakkan kenderaan polis diminta serah diri

KUANTAN: Individu yang terbabit dalam kejadian merosakkan kenderaan polis di Teluk Cempedak, di sini, pada malam sambutan Krismas lalu diminta menyerah diri atau ditangkap.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, wajah suspek yang melakukan jenayah itu tersiar dalam beberapa akhbar Jumaat lalu dan polis meminta mereka segera menyerah diri di balai polis berhampiran.

"Individu terbabit yang muka mereka tertera dan disiarkan akhbar dalam kejadian itu dinasihatkan supaya menyerah diri secara sukarela di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan sebelum polis bertindak mengesan serta menangkap mereka.

"Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Azani di talian 019-4343606," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun tiga individu yang terbabit dalam kejadian itu sudah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah namun bakinya tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Selasa lalu, sekumpulan remaja yang dipercayai berkumpul untuk meraikan sambutan Krismas di kawasan pelancongan berkenaan bertindak 'gila' apabila melakukan khianat dengan merosakkan kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis.

Remaja terbabit bertindak membaling batu dan botol air mineral serta menendang selain menyembur kenderaan terbabit dengan buih dipercayai akibat mabuk.

Bagaimanapun, tiga daripada individu terbabit berusia antara 16 hingga 23 tahun sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Jumaat lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana