HIMPUNAN BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN PAS

Nampaknya kali ini Parti PAS telah menzahirkan perjuangan Parti Islam mereka dengan berdiri diatas sistem Demokrasi, yang selama ini dikecam hebat oleh TGNA... adakah Allah telah menterbalikan apa yang TGNA lakukan terhadap saudara Islamnya yang lain selama ini..???

Tindakan Dewan Pemuda Pas untuk menyertai perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup yang berlangsung serentak dengan Himpunan Guling Kerajaan pada malam tahun baharu 2014 jelas bertentangan dengan Perlembagaan parti.

Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha (gambar) berkata, di dalam perlembagaan parti itu, Fasal 6 (6) dengan jelas menyatakan bahawa Pas hanya akan bekerjasama dengan badan, pertubuhan atau persatuan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Beliau mempersoalkan pendirian Pemuda Pas kerana Himpunan Guling Kerajaan merupakan satu usaha untuk mencetuskan suasana kacau bilau dan huru hara.

Mereka hanya mahu mengambil kesempatan atas kehadiran rakyat Malaysia yang menyambut ambang tahun baharu 2014 pada malam itu.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat mengesahkan kehadiran Pemuda Pas di Dataran Merdeka untuk menyokong perhimpunan membantah kenaikan kos hidup pada malam tahun baru 2014 namun berdalih pihaknya tiada kaitan dengan perhimpunan bagi menggulingkan kerajaan.

Kenyataan Suhaizat itu menimbulkan tanda tanya kerana lokasi, masa dan tarikh perhimpunan membantah kenaikan kos hidup adalah sama dengan Himpunan Guling Kerajaan.

Norman berkata, adalah mustahil Pemuda Pas tidak mengetahui tentang Himpunan Gulingkan Kerajaan yang bakal berlangsung di lokasi sama pada malam tahun baharu 2014.

Persoalannya, mengapa Pemuda Pas tetap mahu meneruskan penyertaan dalam himpunan membantah kenaikan kos hidup dan apakah tujuan sebenar Pemuda Pas ini?

Jika niat mereka mahu menunjukkan dan mengajak rakyat memprotes tentang kesan bebanan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, mengapa mereka perlu turun pada malam itu juga," katanya lagi.

Dalam pada itu, Norman berkata, tindakan Pas sebagai sebuah wadah yang berorientasikan dakwah dan politik sepatutnya mempunyai matlamat yang jelas terutama dalam konteks mendidik rakyat dan membangunkan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana