Gereja Katolik Selangor Akan Terus Guna Kalimah Allah – Paderi Lawrence

Gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Pengarang mingguan Katolik, Herald, Father Lawrence Andrew dilaporkan The Malaysian Insider berkata Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri.

“Agama kami tidak boleh diuruskan oleh sebarang kumpulan agama Islam. Ia bertentangan dengan Perlembagaan. Kami akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan kami,” katanya.

Andrew berkata Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain.

“Pada masa ini, kes perbicaraan masih dalam proses mahkamah dan keputusan belum diputuskan. Mereka tidak boleh membuat penilaian sendiri,” katanya.

Dalam wawancara bersama sebuah portal baru-baru ini, Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata pihaknya akan menyenaraikan semua gereja di Selangor sebelum menghantar surat bagi meminta pihak gereja mematuhi Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran kepada Orang Islam) 1988.

“Kami akan mengutus surat kepada semua gereja di Selangor bagi menghormati enakmen tersebut, katanya.

Enakmen yang diluluskan semasa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor itu turut melarang bukan Islam di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab seperti Allah, Nabi, Injil dan Insya Allah.

PS....Kenapa perlu melanggari perintah Mahkamah?ini akan rasa tidak berpuashati terhadap orang Islam di Malaysia.Inilah puncanya berlaku yang tidak diingini...sudah elok elok cari pasal lagi.Kenapa mahukan lagi untuk menjadi keruh keadaan....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana