Dana kerajaan: Media ISMA desak Malaysiakini mohon maaf

BANGI, 28 Dis – Pengerusi Biro Media ISMA, Dr Kamil Azmi Tohiran mendesak portal berita pro liberal Malaysiakini untuk memohon maaf di atas penerbitan berita yang telah memburukkan imej ISMA.

Semalam, Malaysiakini menerusi dua berita bertajuk ‘Kenapa bantu Perkasa saja, soal NGO lain’ dan ‘Why for Perkasa only, ask other Malay rights defenders’ yang memetik kenyataan Presiden ISMA telah cuba memburukkan ISMA dengan mencipta kaitan palsu kononnya ISMA menagih sumbangan daripada kerajaan lantaran Perkasa mendapat dana daripada parti itu.

“Saya mendesak Malaysiakini memohon maaf dan membuat pembetulan segera kerana kenyataan itu tidak tepat dengan kenyataan sebenar Presiden ISMA,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Jelasnya, berita berkualiti murah ini tidak sepatutnya diterbitkan oleh Malaysiakini dan ia telah menjatuhkan imej portal itu yang kononnya mengangkat martabat kewartawanan.

Tambahnya, setelah mereka berjaya menjatuhkan imej Perkasa dengan pengakuan menerima duit daripada kerajaan, Malaysiakini tidak semena-mena cuba kaitkan ISMA dengan imej yang sama.

“Orang bodoh pun boleh baca niat jahat Malaysiakini dengan menerbitkan berita rekaan tersebut,” ujar beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana