BISIK-BISIK AWANG SELAMAT...CARA PR MELEPASKAN GERAM DAN MEMBENCI

AWANG sedikit pun tidak terkejut dengan laporan yang menyatakan ada pemimpin politik terlibat menjadi dalang utama perhimpunan guling kerajaan yang dirancangkan pada 31 Disember ini.

Ia bukanlah satu perkara yang pelik malah sebelum ini pun kalau kita masih ingat pada tahun 2008, pemimpin pembangkang pernah berhasrat menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat dalam pilihan raya umum melalui pintu belakang.

Ketika itu, pemimpin tersebut mendakwa, ada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti bagi membolehkan pembangkang menubuhkan kerajaan.

Bagaimanapun, cubaan kali ini lebih bahaya kerana ia melibatkan satu perhimpunan yang mengambil kesempatan daripada kehadiran orang ramai untuk menyambut Tahun Baru.

Apatah lagi ada pula ura-ura yang menyatakan peserta perhimpunan bersedia membawa senjata bagi berhadapan dengan pihak berkuasa.

Sebab itulah Awang berpendapat, pihak berkuasa harus memburu dalang perhimpunan ini hingga ke lubang cacing. Mereka ini boleh dianggap petualang negara yang cuba mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan.

Selama ini, beberapa pemimpin politik yang terlibat mungkin berasa selesa kerana tidak pernah ditahan biar pun ada antara mereka secara terang-terangan menyeru rakyat turun ke jalanan bagi menjatuhkan kerajaan.

Tetapi kali ini, mereka harus diberi pengajaran supaya jangan mencabar pihak berkuasa kerana negara ini ada undang-undang dan bukannya boleh melakukan sesuka hati untuk mencapai matlamat politik songsang mereka.

Awang berharap, dakwaan penglibatan pemimpin politik ini akan disusuli dengan tindakan kerana kepentingan majoriti rakyat yang tidak menyokong perhimpunan haram itu harus dipelihara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana