Bayi kritikal disyaki didera...APa sudah Jadilah Masyarakat Kita Hari ini

KUALA LIPIS - “Pada 20 Disember lalu ketika sibuk mengemas barang di rumah, hati saya terdetik untuk melihat Ilman di dalam buaian dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dia terkena sawan."

Demikian kata Tengku Nurul Suhaida Tuan Ameri, 24, ibu kepada Nik Alauddin Ilman Nashif Mohd Hanif, 9 bulan yang  disyaki didera oleh pengasuh.

Menurutnya, sejurus mendapati anaknya terkena sawan, dia bertindak membawa Nik Alauddin Ilman ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan.

“Beberapa hari sebelum Ilman terkena sawan, saya mengesan terdapat kesan lebam pada bahagian dahinya dan ketika ditanya pada pengasuh berkenaan dia menyatakan bekas makanan jatuh pada kepala Ilman.

“Sejak itu kesihatan Ilman kian merosot dan tidak aktif seperti biasa sehingga dia diserang sawan serta mendapat rawatan di hospital,” katanya.

Tengku Nurul Suhaida berkata, setelah semalaman menerima rawatan di hospital terbabit, anaknya dibenarkan keluar wad.

“Namun pada 22 Disember sekitar jam 4 pagi bayi saya kembali diserang sawan dan saya bersama suami, Mohd Hanif Omar, 27, bertindak menghantar Ilman ke Hospital Lipis semula.

“Semasa menerima rawatan di unit kecemasan, Ilman diserang sawan sebanyak empat kali dan pihak hospital terpaksa merujuk Ilman ke  Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ibu bayi malang itu  berkata,  setelah tiga hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hoshas, anaknya kini ditempatkan di wad pediatrik hospital berkenaan.

“Semalam (kelmarin) Ilman dipindahkan ke wad pediatrik namun dia masih belum aktif sepenuhnya dan seolah-olah trauma dengan apa yang berlaku,” katanya.

Tengku Nurul Suhaida berkata, hasil imbasan x-ray yang dilakukan mendapati berlaku pendarahan di dalam kepala dan kedua belah mata anaknya selain kesan lebam di bahagian lutut kiri dan lengan.

“Saya terkejut ketika menerima laporan berkenaan dan pihak hospital menyatakan bahawa pendarahan terbabit mungkin berpunca akibat pukulan atau hentakan benda tumpul.

“Kami masih menunggu laporan penuh perubatan dan jika disahkan Ilman didera, kami mungkin akan mengambil tindakan mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan tindakan lanjut diambil pihak polis.

“Kita telah menahan pengasuh berusia 50 tahun untuk diambil keterangan. Wanita terbabit berkata bayi berkenaan tergelincir dari pegangannya ketika mandi.

“Kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana