Antara Bodoh dan Cerdik

Esok puak pembangkang nak demo di hadapan DBKL bantah kenaikkan cukai pintu. Depa nak demo dan berarak. Apa ke bebal depa ni?

Setahu Gomo cukai pintu di Wilayah belum dinaikkan lagi. Malah Menteri Wilayah Dato Sri Tengku Adnan juga dah keluar kenyataan bahawa akan minta pihak DBKL kaji kenaikkan cukai pintu.

Waktu persidangan UMNO awal bulan lepas wakil Umno Wilayah Dari Wangsa Maju Dato Shafei Abdullah juga dah bersuara mengenai pekara ini dan minta DBKL kaji dahulu kenaikkan cukai pintu dan beliau cadangkan kepada DBKL agar rumah kos rendah dan sederhana tidak dinaikkan cukai sebaliknya cukai ke atas bangunan komersial dinaikkan memandangkan. 65% bangunan di Wilayah adalah bangunan Komersial.

Tu lah beza antara Bodoh dan Cerdik. Yang bodoh akan bertindak tanpa kewarasan sehinggakan berdemo tak tentu hala sedangkan keputusan dan pelaksanaan belum lagi dinaikkan. Malah mereka sendiri puak pembangkang tidak memberikan buah cadangan kepada DBKL bagi mengatasi isu cukai pintu ini.

Yang Cerdik akan berbincang dan memberikan buah fikiran bagi menyelesaikan permasaalahan ini tanpa melibatkan sengketa dan pastinya membela rakyat.

Zaman Nabi Muhammad SAW dulu pun berbincang untuk sesuatu pekara. Bukan terus pergi perang pihak lain.

Nilaikan sendiri warga Wilayah Persekutuan. Anda Mahu jadi Bodoh ataupun Cerdik.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment