ALASAN DEMI ALASAN TIADA TANGGONGJAWAP TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI RAKYAT DAH BOSAN ... SEMUA PENIPUAN..!!!

ANWAR CUBA LENGAH KES RAYUAN?

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim mempertikaikan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba melengah-lengahkan kes rayuan melibatkan tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Zamil berkata, kali ini, taktik itu berkait dengan bantahan pelantikan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdulah sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat berkenaan.

Berikut kenyataan penuh Zamil;

1. Rakyat sudah bosan melihat gelagat Anwar setiap kali dihadapkan ke mahkamah. Sebelum kes rayuan liwat dua ini pun kita lihat puluhan kali kes tertangguh dengan pelbagai macam alasan.

Beliau percaya kes tertangguh terbanyak dalam sejarah perundangan di Malaysia adalah kes yang melibatkan Anwar, merupakan satu rekod baru di Malaysia yang dicipta oleh Anwar.

2. Dalam kes rayuan liwat kedua ini kita lihat skrip lama masih digunakan cuma kali ini ia melibatkan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdulah pula.

Hingga rakyat tertanya-tanya adakah kes ini melibatkan Anwar dengan Mohd. Saiful Bukhari Azlan atau Anwar dengan Muhammad Shafee. Sebelum ini Anwar tidak mahu hakim, tidak mahu peguam dan macam-macam kerenah Anwar ini hingga meremehkan sistem kehakiman negara.

Dalam kes-kes lain sebelum ini yang berprofil tinggi yang melibatkan Dr. Mohamad Khir Toyo, Tun Dr. Ling Liong Sik, Allahyarham Datuk Seri Harun Idris dan Datuk Mokhtar Hashim, mereka ini tidak pernah membuat pelbagai helah untuk tangguhkan kes.

3. Dengan mempunyai ramai peguam handalan di pihak Anwar, apa masalahnya untuk menghadapi Muhammad Shafee seorang? Tolong jangan buang masa mahkamah. Rakyat tidak mudah tertipu dengan skrip lapuk ini. Secara peribadi saya sangat simpati dengan nasib saudara Mohd. Saiful Bukhari yang menunggu sekian lama agar kes ini ditamatkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana