Sudahlah Pendatang Haram Maki polis Plak sebelum menangis

PUCHONG – Seorang lelaki warga Vietnam berlagak samseng memaki hamun polis dan enggan membenarkan anggota keselamatan itu menjalankan pemeriksaan ketika Ops Poket dilaksanakan di kawasan didiaminya, awal pagi semalam.

Lelaki itu yang menghuni sebuah rumah kedai di Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong bersama lima lagi rakan senegara mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak mahu membuka pintu rumah selepas anggota memperkenalkan diri sebagai polis.

Bagaimanapun, selepas anggota polis berjaya menembusi rumah kedai tersebut, lelaki berusia lingkungan 30-an itu tiba-tiba menangis dan meminta maaf atas ketelanjuran memaki hamun anggota yang menyerbu rumahnya.

Sambil mengulangi perkataan saya tidak salah beberapa kali, lelaki warga asing itu  turut melutut meminta maaf kepada semua anggota polis termasuk pihak media yang mengikuti serbuan semalam.

Dia antara 69 warga asing diperiksa selepas dikenal pasti sebagai individu mencurigakan menghuni kawasan perindustrian berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Yong Soo Koon yang mengetuai operasi berkata, serbuan gabungan bersama Ops Cantas dilaksanakan Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Puchong.

Turut menyertai operasi Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin bersama 26 anggota.

Katanya, seramai  46 warga Myanmar, 12 warga Vietnam, enam warga Nepal dan masing-masing lima warga Bangladesh serta Indonesia diperiksa hasil serbuan dari rumah ke rumah.

 Enam warga Myanmar dan masing-masing seorang warga Vietnam serta Bangladesh ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Seramai 20 daripada mereka turut menjalani ujian awal saringan air kencing. Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Puchong sebelum tindakan susulan diambil,” katanya.
--Sinar

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana