PKR SABAH JAHANAM.......

Hancur berkecai... itulah yang jadi pada struktur kepimpinan PKR Sabah selepas 11 pimpinan cabang (bahagian) parti itu umum keluar parti dalam satu pertemuan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat UMNO PWTC Kuala Lumpur petang Selasa.
Bukan hanya keluar parti, mereka bahkan mengatakan sokongan terbuka kepada BN.

Turut hadir dalam pengumuman tersebut dua ADUN PKR yang umum keluar parti baru-baru ini iaitu ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.

Manakala cabang-cabang PKR yang 'ranap' di Sabah itu adalah Kota Belud, Kudat, Kota Merudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media selepas itu menjangkakan gelombang kedua keluar PKR akan berlaku tidak lama lagi.

Turut serta dalam sidang media dalam sidang media tersebut adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Mereka yang hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).

Hanya wakil Beluran tidak hadir.

Najib berkata para pemimpin PKR itu bertindak demikian kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri.

Beliau menolak andaian tindakan mereka keluar parti tidak sekali-kali dipengaruhi BN.

"Tak mungkin, sebab mereka sudah hilang kepercayaan (kepada parti PKR), itu pokoknya," katanya.

"Dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katanya.

Mengenai kemungkinan PKR Sabah akan terus lumpuh dengan perkembangan itu, Perdana Mententeri berkata PKR akan cuba mengumpulkan semula kepimpinan parti itu di Sabah tetapi kekuatan sebenar parti terletak kepada pemimpin yang keluar PKR hari ini dan mereka yang bakal keluar parti.

Sementara itu menjawab soalan wartawan selepas itu Jelani menjangka tindakan itu semuanya akan melibatkan 20 pimpinan dari 25 cabang PKR di negeri itu.

Beliau menyimpulkan sikap pimpinan PKR pusat yang tidak mendengar suara pimpinan di negeri itu sebagai punca utama rasa tidak puashati

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana